logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Berita dan Peristiwa

MAJLIS MERAIKAN HARI TERAKHIR PELATIH INDUSTRI (UiTM - PENGANGKUTAN) DI JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA NEGERI SELANGOR

17 November 2016 (Khamis), Shah Alam - Satu majlis meraikan hari terakhir Pelatih Industri dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Perniagaan (Kepujian) - Pengangkutan telah diadakan sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala usaha, sokongan, kerjasama serta bantuan yang diberikan sepanjang tempoh tiga (3) bulan latihan.

LI2016 1LI2016 2LI2016 3

Baca lagi...

PAMERAN DAN CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA MINGGU S.H.E 2016 MEWAH-OILS SDN BHD

15 November 2016 (Selasa), Pelabuhan Klang - Sempena Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (S.H.E) 2016, pihak syarikat Mewah-Oils Sdn. Bhd. telah mengundang Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor untuk mengadakan pameran dan ceramah tentang keselamatan jalan raya.  Ceramah telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli bermula jam 2:30 petang dan berakhir jam 4:00 petang kepada seramai lebih kurang 100 pekerja syarikat tersebut.  Pameran telah diadakan bertempat di Lobi syarikat tersebut bersama agensi lain seperti PDRM, KWSP, AADK, PERKESO dan syarikat mengedar alat keselamatan.  Pameran telah bermula jam 9:00 pagi dan berakhir jam 4:00 petang.

Pameran keselamatan jalan raya
MO 1MO 2MO 3

Baca lagi...

CERAMAH DAN PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA MINGGU KESELAMATAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR KONTENA NASIONAL BERHAD

14 November 2016 (Isnin), Petaling Jaya - Sempena Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE) organisasi Kontena Nasional Berhad, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk mengadakan ceramah dan pameran keselamatan jalan raya bertempat di Kontena Nasional Berhad, Petaling Jaya.  Pameran telah diadakan bermula jam 9:00 pagi manakala ceramah yang disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli kepada lebih kurang 50 telah bermula jam 11:00 pagi.

Pameran keselamatan jalan raya
KN 1KN 2

Baca lagi...

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA SEMINAR DAN PERSIDANGAN TAHUNAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PERSEKITARAN PROTON SDN. BHD.

10 November 2016 (Khamis), Shah Alam - Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk menyampaikan ceramah #keselamatanjalanraya kepada warga Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON).  Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor merangkap Setiausaha, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor kepada lebih kurang 150 warga PROTON Sdn. Bhd. bertempat di Central of Excellence, Shah Alam sempena Seminar dan Persidangan Tahunan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran PROTON Sdn. Bhd. Kali Ke-3.

PROTON 1

Baca lagi...

Topik Terhangat