logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Berita dan Peristiwa

HARI MEMPERINGATI MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA SEDUNIA 2016 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

21 November 2016 (Isnin), Shah Alam - Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia #WDR2016 disambut pada hari Ahad Minggu ketiga bulan November setiap tahun.  Ianya adalah sebagai tanda mengingati mangsa kemalangan jalan raya yang terkorban saban hari diseluruh dunia.  Tema tahun 2016 ialah "Vital Post-Crash Actions:  Medical Care; Investigation; Justice".  Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, majlis pelancaran Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 21 November 2016 (Isnin) bertempat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd., Seksyen 15, Shah Alam dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mazalanbin Md Noor, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Negeri Selangor merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena program tersebut antaranya ialah:

1)  Kempen derma darah oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang;
2)  Pemeriksaan kenderaan percuma;
3)  Semakan dan pembayaran saman di Kaunter Bergerak JPJ;
4)  Semakan dan pembayaran cukai jalan di Kaunter Bergerak JPJ; serta
5)  Pameran daripada pelbagai agensi seperti JKJR, PERKESO, JKNS dan PDRM.

Pameran serta kempen derma darah telah bermula sejak jam 10:00 pagi lagi.  Manakala majlis perasmian telah bermula bermula jam 2:00 petang lagi dengan ketibaan tetamu jemputan, media, VVIP.  Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Tuan Mohd Zainal bin Mohd Nor, Pegawai Daerah Klang, Dato' (Dr.) Hussamuddin bin Haji Yaacub, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. dan juga YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.  Majlis perasmian dimulai dengan bacaan do'a yang dipimpin oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli.  Seterusnya deklamasi sajak yang dikarang khas sempena dengan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia 2016 Peringkat Negeri Selangor oleh Mohamad Tarmizi bin Kassim.  Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Mazalan bin Md Noor.  Usai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan Wacara - Pusara Di Jalan Raya:  Sampai bila? yang menampilkan empat (4) ahli panel iaitu:

1)  ACP Ruslan bin Khalid, Timbalan Pengarah, Penguatkuasaan/ Kawalan Lalulintas/ Pengurusan Saman, Bukit Aman
2)  Shahrul Yuzi, Pelumba Grand Prix
3)  Mohd Nasir bin Haji Hamzah (Achey), Artis
4)  Prof. Madya Dr. Kulanthayan KC Mani, Jabatan Kesihatan Kemasyarakatan, Fakulti Sains Perubatan dan Kesihatan, Universiti Putra Malaysia/ Pengarah Eksekutif, Safe Kids Malaysia

Wacana dimoderator oleh Haji Nazri bin Kahar, Astro Awani dengan penampilan khas Adi Haslam bin Abdullah.  Wacana telah tamat siarannya pada jam 5:00 petang.  Acara setersunya ialah penyampaian cenderahati dan sijil.


Kempen derma darah oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang
HMMKDerma Darah 1HMMKDerma Darah 2HMMKDerma Darah 3HMMKDerma Darah 4


Pameran dari pelbagai agensi seperti JKJR/ PERKESO/ PDRM/ JKNS
HMMK 25HMMKPameran 1HMMKPameran 2HMMKPameran 3


Pemeriksaan kenderaan percuma
HMMKPeriksa Kenderaan 1HMMKPeriksa Kenderaan 2


Semakan dan bayaran saman serta pembaharuan lesen dan juga cukai jalan
HMMK 13


Pendaftaran peserta wacana
HMMKPendaftaran 1HMMKPendaftaran 2


Tetamu jemputan yang hadir
HMMK 15HMMK 16HMMK 17HMMK 18


Deklamasi sajak oleh Mohamad Tarmizi bin Kassim daripada GAPENA
HMMKSajak


Ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Mazalan bin Md Noor, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor
HMMKPerasmian


Wacana "Pusara Di Jalan Raya:  Sampai Bila?"
HMMK 19HMMK 22HMMK 23HMMK 24HMMK 26


Penyampaian sijil dan cenderahati
HMMK 27HMMK 28


Sesi bergambar
HMMK 29

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA MINGGU HSEQ 2016 AMSTEEL MILLS SDN. BHD.

22 November 2016 (Selasa), Klang - Sempena Minggu Keselamatan, Kesihatan, Alam Sekitar dan Kualiti (HSEQ) 2016, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang memberikan ceramah #keselamatanjalanraya oleh syarikat Amsteel Mills Sdn. Bhd.  Bertempat di Amsteel Mills Sdn. Bhd., Bukit Raja, ceramah telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli kepada lebih kurang 100 pekerja syarikat tersebut bermula jam 9:30 pagi dan berakhir jam 11:00 pagi.

AMSB 1AMSB 2AMSB 3AMSB 4AMSB 5AMSB 6AMSB 7AMSB 8AMSB 9

PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA KARNIVAL JOM GEGAR SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUNGAI BESI INDAH

19 November 2016 (Sabtu), Sungai Besi - Sempena Karnival Jom Gegar Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang mengadakan pameran #keselamatanjalanraya bertempat di sekolah tersebut bermula jam 8:00 pagi dan berakhir jam 2:00 petang.  Agensi lain yang turut terlibat ialah AADK Negeri Selangor dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

2016 11 19 09.16.042016 11 19 09.22.402016 11 19 10.29.45

MESYUARAT PENYELARASAN HARI MEMPERINGATI MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA SEDUNIA 2016 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

17 November 2016 (Khamis), Shah Alam - Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia 2016 Peringkat Negeri Selangor bakal dilaksanakan pada 21 November 2016 (Isnin) bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam bermula jam 2:00 petang hingga 5:30 petang.  Ekoran itu, satu mesyuarat penyelarasan dalaman yang dipengerusikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor merangkap Setiausaha, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diadakan pada jam 11:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JKJR Negeri Selangor.

HMMK 1

Topik Terhangat