Login

Font Size

Profile

Menu Style

Cpanel
banner.png

Berita dan Peristiwa

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA

Ceramah Keselamatan Jalan Raya telah dijalankan pada 5 April 2018 di SMK Raja Perempuan Ipoh kepada seramai 500 orang pelajar.  Ceramah ini merangkumi tips-tips keselamatan jalan raya dan video-video bagaimana menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya terutamanya kepada penunggang motosikal, pemandu dan penumpang kenderaan.  GAMBAR CERAMAH SMK RAJA PEREMPUAN IPOH 5.4.2018

PELANCARAN SEKOLAH ANGKAT & PROGRAM IKON JKJR PERAK

Majlis Pelancaran Sekolah Angkat bagi Daerah Kuala Kangsar telah diadakan di SMK Temenggong Kati dan telah dirasmikan oleh YB. Dato' Zainol Fadzi bin Haji Paharuddin, EXCO Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air merangkap Pengerusi MKJR Negeri Perak.  Di dalam majlis tersebut, turut diadakan Ceramah Keselamatan Jalan Raya dan Klinik Cup Prix oleh IKON JKJR Perak iaitu Encik Shahrol Yuzy bin Ahmad Zaini, mantan pelumba motosikal negara. Perkongsian ilmu tentang cara-cara menunggang motosikal dengan selamat telah dihadiri oleh 500 orang pelajar SMK Temenggong Kati.  Pameran Keselamatan Jalan Raya juga turut diadakan untuk menambah pengetahuan pelajar-pelajar sekolah.

Baca lagi...

MAJLIS PELANCARAN 7 LANGKAH KESELAMATAN SEMPENA MINI KARNIVAL TERAS KESELAMATAN DAERAH KUALA KANGSAR

Majlis Pelancaran 7 Langkah Keselamatan Jalan Raya sempena Mini Karnival Teras Keselamatan Daerah Kuala Kangsar telah diadakan di Arena Square Kati pada 18 Mei 2017.  Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Dr. Zambry bin Hj. Abdul Kadir, Menteri Besar Perak.  Program ini diadakan sempena Program Permukiman YAB MB bagi Daerah Kuala Kangsar yang berlangsung mulai 16 - 22 Mei 2017.  Pengisian majlis termasuklah pemberian bantuan kepada 150 orang asnaf sumbangan LAP Perak, pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan gigi, pameran keselamatan jalan raya yang interaktif oleh pelbagai agensi iaitu JKJR, PDRM, JPJ, AADK, PLUS dan lain-lain agensi, cabutan bertuah serta pameran kenderaan Pasukan Keselamatan.  Terdapat juga Klinik Pemeriksaan Motosikal bagi motosikal yang telah tamat tempoh cukai jalan secara percuma,  cukai jalan percuma dan rebat sebanyak RM20.00 bagi insurans motorsikal kepada 200 orang pengunjung yang terawal. Pihak JJ juga menyediakan perkhidmatan JPJ 1 Mobile bagi memudahkan urusan penduduk Kati.

Baca lagi...

PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA PETRONAS `COFFEE BREAK' SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2017 DI RNR SUNGAI PERAK (ARAH UTARA)

 
Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Petronas `Coffee Break'  sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 telah dijalankan pada 27 Januari 2017 jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang di RNR Sungai Perak (arah utara).   Tujuan program ini adalah untuk mendidik pengguna jalan raya tentang pemanduan berhemah untuk mengurangkan kadar kemalangan sekaligus dapat mengurangkan kadar kematian ketika  kemalangan.  Risalah keselamatan jalan raya juga telah diedarkan kepada pengunjung-pengunjung yang singgah di lokasi bagi menyedarkan mereka tentang kepentingan pemanduan yang berhemah ketika berada di jalan raya. Minuman kopi percuma juga disediakan oleh pihak Petronas untuk pengguna-pengguna jalan raya.

Baca lagi...

Topik Terhangat

Hubungi Kami

QRCode

JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 WP, PUTRAJAYA
T +60 3 8323 8000
F +60 3 8888 8806
Emel pro[at]jkjr[dot]gov[dot]my