logo text
Log Masuk

Log Masuk


 
SISTEM PEMBERIAN MATA DEMERIT KESALAHAN JALAN RAYA (KEJARA)

Pengenalan

Pemberian mata demerit akan bermula apabila notis saman diselesaikan iaitu:

a.     Penalti diselesaikan dengan membayar  kompaun

b.     Penalti diselesaikan dengan membayar denda di mahkamah

Gantung Batal Lesen Memandu

Proses gantung batal lesen memandu adalah seperti berikut:

 Kali pertama 20 mata atau lebih

  • Amaran
  • Lebihan mata bawa ke hadapan
 Kali kedua 20 mata atau lebih

  • Gantung tidak kurang dari 6 bulan dan tidak lebih 12 bulan
  • Kursus pemulihan ditawarkan bagi mengurangkan tempoh penggantungan.
  • Lebihan mata dihapuskan
 Kali ketiga 20 mata atau lebih

  • Gantung tidak kurang dari dari 6 bulan dan tidak lebih 12 bulan
  • Lesen memandu akan dibatalkan sekiranya lesen memandu telah digantung sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun
Insentif Berkelakuan Baik

a.    Mana-mana individu yang tidak melakukan sebarang kesalahan demerit  dalam tempoh satu tahun, maka 50% daripada mata yang terkumpul akan dikurangkan.

b.    Mata demerit akan dihapuskan sekiranya tidak melakukan kesalahan demerit dalam masa 2 tahun berturut-turut.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan sistem pemberian mata demerit kesalahan jalan raya (KEJARA) boleh diemelkan kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.



Sumber: http://www.jpj.gov.my/

Topik Terhangat