logo text
Log Masuk

Log Masuk

Berita dan Peristiwa

Bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ampang, Ampang, Selangor , JKJR Malaysia Ibu Pejabat telah mengadakan program inisiatif pemberian helmet kanak-kanak percuma kepada pelajar- pelajar yang terpilih berdasarkan kajian seminggu di lokasi oleh Save Kids LivesMalaysia serta Universiti Putra Malaysia. Jutaan terima kasih buat Prof. Dr. Kulanthayan Mani kerana memilih Jabatan Keselamatan Jalan Raya sebagai rakan strategik bagi program ini.

15095055_1216341298425290_736368418728435981_n.jpg996f9727-cf94-404c-858a-75e060c423b6.jpgb474ff7e-214a-4dad-9fd7-c39e0dbcf8ce.jpg

15 November 2016 (Selasa), Pelabuhan Klang - Sempena Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (S.H.E) 2016, pihak syarikat Mewah-Oils Sdn. Bhd. telah mengundang Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor untuk mengadakan pameran dan ceramah tentang keselamatan jalan raya.  Ceramah telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli bermula jam 2:30 petang dan berakhir jam 4:00 petang kepada seramai lebih kurang 100 pekerja syarikat tersebut.  Pameran telah diadakan bertempat di Lobi syarikat tersebut bersama agensi lain seperti PDRM, KWSP, AADK, PERKESO dan syarikat mengedar alat keselamatan.  Pameran telah bermula jam 9:00 pagi dan berakhir jam 4:00 petang.

Pameran keselamatan jalan raya
MO 1MO 2MO 3

14 November 2016 (Isnin), Petaling Jaya - Sempena Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE) organisasi Kontena Nasional Berhad, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk mengadakan ceramah dan pameran keselamatan jalan raya bertempat di Kontena Nasional Berhad, Petaling Jaya.  Pameran telah diadakan bermula jam 9:00 pagi manakala ceramah yang disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli kepada lebih kurang 50 telah bermula jam 11:00 pagi.

Pameran keselamatan jalan raya
KN 1KN 2

EEFFBB

Topik Terhangat