14 Mac 2017 (Selasa), Sungai Buloh - Sempena "Hari Merentas Desa" Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sungai Buloh, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk memberikan ceramah tentang keselamatan jalan raya kepada murid tahun tiga (3) sekolah tersebut. Seramai 100 murid telah terlibat mendengar "Sesi Bercerita" tentang keselamatan jalan raya tersebut yang disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli.