14 Mac 2017 (Selasa), Gurun - Pepatah Melayu menyatakan "Jauh Berjalan, Luas Pemandangan". Peluang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia Kali Ke-58 pada 11 hingga 13 Mac 2017 tidak disia-siakan oleh Urus Setia. Usai mesyuarat, satu lawatan sambil belajar ke kilang Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) telah diatur oleh Tuan Rumah bertempat di Kawasan Perindustrian Gurun, Kedah pada 14 Mac 2017 (Selasa). Turut serta ialah Urus Setia Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor yang juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor. Tujuan lawatan ini adalah berkongsi idea dan juga pendapat serta bertukar pandangan dan juga buah fikiran tentang keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal di Malaysia. Selain itu juga, perwakilan dapat juga melihat proses pembuatan dan pemasangan motosikal keluaran MODENAS dan juga demonstrasi penunggang selamat daripada pihak MODENAS.