14 Februari 2017 (Selasa), Klang: Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar, Klang untuk mengadakan ceramah dan pameran #keselamatanjalanraya. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Azrena binti Ariffin kepada 100 murid sekolah tersebut sempena Program Keselamatan Jalan Raya Sekolah.