Login

Font Size

Profile

Menu Style

Cpanel

MAJLIS PERASMIAN HARI MEMPERINGATI MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2017

Gambar ramai 2
23 November 2017 (Khamis), Pulau Indah - Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia disambut serentak di seluruh dunia pada hari Ahad minggu ketiga dalam bulan November setiap tahun.  Tahun ini,  sambutan memperingati mangsa yang terkorban akibat kemalangan jalan raya di peringkat Negeri Selangor telah di adakan pada 23 November 2017 (Khamis) bertempat di Sekolah Kebangsaan Pulau Indah (2).  Tema bagi tahun 2017 ialah Sasaran 2020:  pengurangan kematian dan kcederaan parah sebanyak 50%.

Acara dimulakan dengan ceramah singkat berkenaan dadah yang disampaikan oleh Encik Hashim Anang daripada PEMADAM Negeri Selangor pada jam 8:30 pagi.  Disusuli dengan ceramah keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Encik Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli daripada JKJR Negeri Selangor sebelum rehat jam 9:30 pagi.

Ceramah PEMADAM 1Ceramah PEMADAM 2Ceramah PEMADAM 3
Ceramah PEMADAM Negeri Selangor
Ceramah JKJR 2Ceramah JKJR 3
Ceramah JKJR Negeri Selangor

Acara kemuncak sambutan iaitu #MockDrillExercise yang dikendalikan oleh Lafarge Cement Sdn. Bhd., Westport Malaysia Sdn. Bhd., Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, petugas Para-Medik daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, serta Bintang Bulk.  Latihan ini amat penting ditunjukkan kepada orang awam supaya timbul rasa kesedaran betapa:
1)  pentingnya menjaga keselamatan diri ketika di jalan raya
2)  bukan mudah tugas menyelamat kerana ianya melibatkan nyawa dan harga benda yang nilainya bukan ribuan ringgit.

Mock Drill Exercise 1Mock Drill Exercise 2Mock Drill Exercise 3Mock Drill Exercise 4Mock Drill Exercise 5Mock Drill Exercise 6Mock Drill Exercise 7Mock Drill Exercise 8

Turut diadakan ialah pameran berkaitan keselamatan daripada agensi seperti MIROS, AADK dan JKJR

Pameran 1Pameran 2

Selesai #MockDrillExercise sekitar jam 11:00 pagi, acara perasmian bermula di dewan utama.  YBhg. Dato' Mazalan bin Md Noor, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor sudi meluangkan masa hadir merasmikan program bermula dengan #MockDrillExercise lagi.  Ini jelas menunjukkan keterujaan beliau dengan kelainan yang dibawakan oleh penganjur.

Tetamu jemputan
Tetamu jemputan yang hadir

Taklimat Dr Nor Faizal UM
Taklimat Dr Nor Faizal UM 2
Taklimat Dr. Nor Faizal bin Ahmad Bahuri, Pakar Bedah Otak Kanak-kanak daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya

Persembahan SKPI2
Persembahan murid SK Pulau Indah (2)

Ikrar 1Ikrar 2
Ikrar keselamatan jalan raya

Ucapan GB SKPI2
Ucapan Guru Besar SK Pulau Indah (2)

Ucapan perasmian
Ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Mazalan bin Md Noor

Penyerahan Insentif RM500 kepada sekolah mock chequeSijil 2Gambar ramai 3

Topik Terhangat

Hubungi Kami

QRCode

JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 WP, PUTRAJAYA
T +60 3 8323 8000
F +60 3 8888 8806
Emel pro[at]jkjr[dot]gov[dot]my