2017 05 15 10.12.23
15 Mei 2017 (Isnin)/ 18 Sya'ban 1438, Petaling Jaya - 4th United Nations Global Road Safety Week baru sahaja melabuhkan tirainya semalam.  Namun begitu, temanya Save Lives #SlowDown masih kekal dalam memori Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.  Tugas advokasi serta mendidik orang ramai mengenai keselamatan jalan raya akan sentiasa berterusan.

Pagi ini, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor memenuhi undangan menyampaikan ceramah #keselamatanjalanraya #pemanduanberhemah kepada seramai 50 pekerja di sektor kimia anjuran Kesatuan Pekerja Kimia Malaya (CWUM) dengan kerjasama PERKESO tahun 2017.  Ceramah telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli pada jam 8:30 pagi dan berakhir jam 10:00 pagi bertempat di Shah's Village Hotel, Petaling Jaya.
FaLang translation system by Faboba