MPSZ7 5
14 Mei 2017 (Ahad)/ 17 Sya'ban 1438, Selayang - Salah satu langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya sebelum memulakan perjalanan ialah penyelenggaraan kenderaan.  Antaranya ialah tukar minyak hitam ikut jadual atau jika difikirkan perlu.  Atas dasar keprihatinan,  Ahli Majlis Zon 7 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan program Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma bertempat di Tempat Letak Kereta, Medan Selera Sri Ketapang (hadapan pasaraya Giant Selayang Baru) bermula jam 9:00 pagi dan berakhir jam 1:00 petang tadi.  Acara perasmian program telah disempurnakan oleh YB Amirudin bin Shari, ADUN N16 Batu Caves.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk mengadakan pameran serta taklimat keselamatan jalan raya kepada pengunjung dan juga peserta tukar minyak hitam motosikal yang berdaftar.  Selain taklimat, demonstrasi hentakan topi keledar juga turut diadakan kepada orang ramai bagi menunjukkan bagaimana keadaannya topi keledar yang tidak memenuhi piawaian #SIRIM apabila berlaku perlanggaran atau kemalangan.

#SaveLives
#SlowDown

MPSZ7 1MPSZ7 2MPSZ7 3MPSZ7 4MPSZ7 6MPSZ7 7MPSZ7 8MPSZ7 9MPSZ7 10MPSZ7 11MPSZ7 12
FaLang translation system by Faboba