-
-
Utama
-
Berita dan Peristiwa
Berita dan Peristiwa
Berita dan Peristiwa
- Perincian
-
Telah Dikemaskini pada Rabu, 24 Mei 2017 15:42
24 Mei 2017 (Rabu), Angkasapuri - Temubual Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor bersama Selangor FM dalam slot #PIKA kali ini mengulas topik "Memandu Dari Hati". Slot bermula jam 11:30 pagi hingga 12:00 tengah hari bertempat di Konti Selangor FM, Wisma Radio, Angkasapuri.


- Perincian
-
Telah Dikemaskini pada Isnin, 15 Mei 2017 12:37

15 Mei 2017 (Isnin)/ 18 Sya'ban 1438, Petaling Jaya - 4th United Nations Global Road Safety Week baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Namun begitu, temanya Save Lives #SlowDown masih kekal dalam memori Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor. Tugas advokasi serta mendidik orang ramai mengenai keselamatan jalan raya akan sentiasa berterusan.
Pagi ini, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor memenuhi undangan menyampaikan ceramah #keselamatanjalanraya #pemanduanberhemah kepada seramai 50 pekerja di sektor kimia anjuran Kesatuan Pekerja Kimia Malaya (CWUM) dengan kerjasama PERKESO tahun 2017. Ceramah telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli pada jam 8:30 pagi dan berakhir jam 10:00 pagi bertempat di Shah's Village Hotel, Petaling Jaya.
- Perincian
-
Telah Dikemaskini pada Ahad, 14 Mei 2017 14:24

14 Mei 2017 (Ahad)/ 17 Sya'ban 1438, Selayang - Salah satu langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya sebelum memulakan perjalanan ialah penyelenggaraan kenderaan. Antaranya ialah tukar minyak hitam ikut jadual atau jika difikirkan perlu. Atas dasar keprihatinan, Ahli Majlis Zon 7 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan program Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma bertempat di Tempat Letak Kereta, Medan Selera Sri Ketapang (hadapan pasaraya Giant Selayang Baru) bermula jam 9:00 pagi dan berakhir jam 1:00 petang tadi. Acara perasmian program telah disempurnakan oleh YB Amirudin bin Shari, ADUN N16 Batu Caves.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk mengadakan pameran serta taklimat keselamatan jalan raya kepada pengunjung dan juga peserta tukar minyak hitam motosikal yang berdaftar. Selain taklimat, demonstrasi hentakan topi keledar juga turut diadakan kepada orang ramai bagi menunjukkan bagaimana keadaannya topi keledar yang tidak memenuhi piawaian #SIRIM apabila berlaku perlanggaran atau kemalangan.
#SaveLives
#SlowDown