-
-
Utama
-
Berita dan Peristiwa
Berita dan Peristiwa
Berita dan Peristiwa
- Perincian
-
Telah Dikemaskini pada Jumaat, 11 November 2016 08:10
10 November 2016 (Khamis), Gombak - Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang sebagai sebahagian ahli mesyuarat bagi projek Membina Jejantas dan Melebarkan Laluan Jalan di Hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2, Gombak, Selangor Darul Ehsan di bawah kendalian Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Pemantauan terhadap kawalan lalu lintas terutama murid sekolah oleh Peronda Lalulintas Jalan di hadapan sekolah tersebut.
Baca lagi...
- Perincian
-
Telah Dikemaskini pada Selasa, 08 November 2016 08:04
07 November 2016 (Isnin), Subang Jaya - Kolaborasi dalam memberikan kesedaran keselamatan jalan raya adalah perlu agar mesej yang disampaikan berkesan. Kali ini, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah mengadakan advokasi #keselamatanjalanraya bertempat di Plaza Tol Ayer Itam, Lebuhraya SKVE (arah Kajang). Turut hadir ialah Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor merangkap Setiausaha, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor dan juga DSP Azman bin Shari'at, Ketua, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.


Baca lagi...
- Perincian
-
Telah Dikemaskini pada Khamis, 03 November 2016 11:14
Sempena Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE) Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS), Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk ceramah yang disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli kepada lebih kurang 100 pekerja syarikat tersebut. Turut diadakan ialah pameran bertempat di foyer syarikat tersebut pada 02 November 2016 (Rabu) bermula jam 2:30 petang.
Ceramah keselamatan jalan raya


Baca lagi...
- Perincian
-
Telah Dikemaskini pada Khamis, 03 November 2016 11:15
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk mengadakan pameran serta ceramah keselamatan jalan raya sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Ceramah telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli kepada lebih kurang 100 pelajar dan juga staff universiti tersebut pada 02 November 2016 (Rabu) jam 10:00 pagi di Bilik Kuliah fakulti tersebut. Pameran diadakan bertempat di foyer fakulti.
Ceramah keselamatan jalan raya


Baca lagi...