logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Berita dan Peristiwa

Berita dan Peristiwa

TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA "KESELAMATAN KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

JPen 1
TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA "KESELAMATAN KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

24 Ogos 2017 (Khamis), Klang - Pelbagai usaha dilakukan bagi mengurangkan kadar kemalangan sekaligus peningkatan kematian di negara.  Yang pasti, usaha tersebut memerlukan komitmen pelbagai pihak.

Menjelangnya sambutan kemerdekaan negara yang ke-60 dan seterusnya Hari Raya Aidiladha, Jabatan Penerangan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor serta bantuan Kompleks Rakan Muda Daerah Klang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah telah menganjurkan program yang dikenali sebagai Taklimat Keselamatan Jalan Raya "Keselamatan Kita Tanggungjawab Bersama" pada 24 Ogos 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Klang.  Tentatif aktiviti bermula jam 8:00 pagi dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah dan berakhir pada jam 2:00 petang.

Objektif utama program adalah:

(1)  Memberikan kefahaman kepada pelajar mengenai panduan memandu dan menunggang dengan betul;

(2)  Mengelakkan berlaku kesilapan ketika pemanduan dan juga elak kemalangan; dan

(3)  Semarakkan budaya Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara agensi.

Antara pengisian aktiviti ialah:

JPen 2JPen 3JPen 4JPen 5

Demonstrasi penunggangan berhemah yang dikendalikan oleh Cikgu Marwan daripada Harmony Driving School, Sungai Buloh.  Antara perkara yang ditekankan ialah:

(1)  Pemeriksaan rutin terhadap motosikal;

(2)  Kebolehlihatan (pakaian, titik buta);

(3)  Sikap yang perlu diamalkan oleh pengguna jalan raya ketika di jala raya;

JPen 6

Melekatkan Bahan Pemantul Cahaya (Visible Enhancement Material) pada belakang motosikal.  Sejumlah lebih kurang 50 buah motosikal telah dilekatkan pelekat tersebut.  Ianya (pelekat) mampu membantu penunggang motosikal dilihat oleh pengguna jalan raya lain dari arah belakang terutama waktu malam.

JPen 10JPen 11JPen 14

Pameran keselamatan jalan raya oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.  Pengunjung turut berpeluang mencuba permainan komputer bagi menguji pengetahuan mereka tentang jalan raya.

JPen 12

Taklimat keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.

JPen 13

Kuiz keselamatan jalan raya.

JPen 15JPen 16JPen 17

Penyampaian sijil dan cenderahati sebagai tanda penghargaan.

JPen 18

Kibaran Jalur Gemilang sebagai simbolik sambutan menjelangnya Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60 pada 31 Ogos 2017 nanti. 

PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA HARI TERBUKA KOLEJ VOKASIONAL KAJANG

10 Ogos 2017 (Khamis), Kajang - Memenuhi jemputan mengadakan #pameran keselamatan jalan raya daripada Kolej Vokasional Kajang sempena Hari Terbuka kolej berkenaan sangat mengujakan.  Inilah peluang mendekati golongan yang sangat berisiko serta peringkat usia paling tinggi kadar kemalangannya.  Menurut penganjur, program berlangsung selamat empat (4) hari bermula 10 Ogos 2017 (Khamis) hingga 13 Ogos 2017 (Ahad) bermula jam 9:30 pagi dan berakhir jam 2:30 petang bertempat di Kolej Vokasional Kajang.  Atas faktor kekangan petugas serta jadual program yang padat, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor hanya turut serta pada hari ini sahaja.

KVK 1KVK 2KVK 3

CERAMAH DAN PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SHELL ROAD SAFETY MOVEMENT #SHELLSELAMATSAMPAI

SMKSB2017 5
19 Julai 2017 (Rabu), Subang - Ceramah dan pameran keselamatan jalan raya sempena program Shell Road Safety Movement #ShellSelamatSampai 2017 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari bermula jam 8:30 pagi dan berakhir jam 10:30 pagi.

SMKSB2017 1SMKSB2017 2SMKSB2017 3SMKSB2017 4

PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA PROGRAM SEKOLAH BEBAS DADAH 2017

WhatsApp Image 2017 05 24 at 11.44.14 AM
24 Mei 2017 (Rabu), Shah Alam - Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah memenuhi undangan daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) HICOM untuk mengadakan pameran #keselamatanjalanraya sempena program "Sekolah Bebas Dadah 2017".  Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal tentang bahaya dadah serta langkah-langkah elak terjebak dengan gejala penagihannya.  Pameran turut disertai oleh Agensi Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.  Taklimat dadah turut diadakan yang disampaikan oleh wakil Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAN) yang juga Ahli Tetap, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.  Program bermula seawal jam 9:00 pagi dan berakhir jam 1:00 petang yang dirasmikan oleh ACP Shafien bin Mamat, Ketua Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

WhatsApp Image 2017 05 24 at 10.45.44 AMWhatsApp Image 2017 05 24 at 10.46.41 AMWhatsApp Image 2017 05 24 at 10.46.49 AMWhatsApp Image 2017 05 24 at 10.57.16 AMWhatsApp Image 2017 05 24 at 11.42.25 AM

Topik Terhangat