-
-
Utama
-
Berita dan Peristiwa
Berita dan Peristiwa
Berita dan Peristiwa
- Perincian
-
Telah Dikemaskini pada Jumaat, 16 Disember 2016 14:54
15 Disember 2016 (Khamis), Cyberjaya - Sempena Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar syarikat Hanwha Q CELLS Malaysia Sdn. Bhd., Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang mengadakan pameran serta ceramah keselamatan jalan raya pada 15 Disember 2016 (Khamis) bermula jam 9:00 pagi dan berakhir jam 2:00 petang. Ceramah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli dihadapan 50 pekerja bermula jam 11:00 pagi hingga 12:15 tengah hari.
Pameran #keselamatanjalanraya

Baca lagi...
- Perincian
-
Telah Dikemaskini pada Jumaat, 25 November 2016 09:01

24 November 2016 (Khamis), Kapar - Kemudahan yang diperlukan telah disediakan oleh Pihak Berkuasa yang berkaitan. Namun, sikap pengguna jalan raya yang "tidak faham bahasa" menyebabkan pihak Sekolah Rendah Agama Batu 4, Jalan Kapar mengundang Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor untuk memantau Peronda Lintasan Sekolah di hadapan sekolah tersebut.
Baca lagi...
- Perincian
-
Telah Dikemaskini pada Khamis, 24 November 2016 07:42

23 November 2016 (Rabu), Batu Tiga - Sempena Minggu Keselamatan 2016, syarikat Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. telah mengundang Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor untuk mengadakan #pameran dan #ceramah #keselamatanjalanraya bermula jam 9:00 pagi hingga jam 2:30 petang. Terdapat juga jabatan atau agensi lain yang terlibat dengan pameran seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai JPAM), RHB Bank dan juga Klinik Anis. Ceramah #keselamatanjalanraya telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli bermula jam 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari kepada lebih kurang 100 pekerja syarikat tersebut.
Baca lagi...