logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Article available only in Malay


lawatanswk.jpg lawatansarawak.jpg

LAPORAN KUNJUNGAN HORMAT YBHG. DATO’ DR. TAM WENG WAH, KETUA PENGARAH JKJR MALAYSIA KEPADA SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN PERHUBUNGAN SARAWAK (MIDCOM)

Tarikh : 29 April 2013 (Isnin)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Pejabat Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan
Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak,
Aras 4, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya, Kuching.

YBhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah JKJR Malaysia, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haji Safri bin Haji Zainuddin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Esekutif MKJR Negeri Sarawak di pejabat MIDCOM dalam program lawatan turun padang YBhg. Dato’ Dr. KP ke Sarawak pada 29 April 2013.

Dalam sesi pertemuan bersama beliau, YBhg. Dato’ Dr. KP turut memberi penerangan mengenai peranan JKJR dan perancangan yang akan dilakukan. Antara perancangan yang dikemukakan adalah menyediakan ’safety tool’ seperti ’blinker’ dalam kenderaan. YBhg. Dato’ Dr. KP juga turut menyatakan komitmen JKJR dalam pelaksanaan program yang dirancang oleh MKJR Sarawak meskipun JKJR negeri berperanan sebagai ahli.

YBhg. Dato’ Dr. KP juga berharap agar kerjasama baik bersama kerajaan negeri diteruskan dan turut hadir dalam sesi perjumpaan adalah Puan Davina Agnes Enteli, Pengarah JKJR Negeri Sarawak dan Encik Redzuan bin Haji Hamdan, Penolong Pengarah JKJR Sarawak.

Disediakan oleh:

Davina Agnes Enteli
Pengarah
JKJR Negeri Sarawak

Topik Terhangat