logo text
Log Masuk

Log Masuk

PADANG BESAR - 8 Februari 2018 (Khamis), Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Perlis Sempena Tahun Baru Cina 2018 telah berjaya diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Besar Utara, Padang Besar, Perlis. Majlis telah dirasmikan oleh YB Puan Asmaiza binti Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Merangkap Pengerusi MKJR Negeri Perlis. Kehadiran YB Tuan Khaw Hock Kong memeriahkan lagi majlis dan beliau turut serta dalam acara Program Perjalanan Selamat bersama dengan pelajar sekolah, ibubapa, JKKK Titi Tinggi dan masyarakat sekitar Padang Besar.

Diantara pengisian program adalah seperti berikut:-
  • pendaftaran tetamu
  • aktiviti senamrobik
  • taklimat dan ikrar KJR sempena Program Perjalanan Selamat
  • menandatangani kain rentang Program Perjalanan Selamat oleh YB Tuan Khaw Hock Kong, ADUN Titi Tinggi
  • advokasi, pertukaran topi keledar dan sumbangan topi keledar kanak-kanak
  • lawatan ke gerai pameran
  • demostrasi kemalangan oleh APM
  • pertandingan mewarna oleh Tabika Perpaduan Teratai dan Jelita
  • pemberian 'goodies bag'
  • pemberian sijil penghargaan kepada agensi/jabatan 
  • kuiz dan cabutan bertuah
  • sidang media
 pendaftaransenamrobikikrargimikperjalanan selamatperasmiantopigeraidemomewarnaadvokasihadiahkuiz copy copy copy copy copysijilsidang media copy copy copy

Topik Terhangat