Login

Font Size

Profile

Menu Style

Cpanel

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA PADA 14 NOVEMBER 2017

KANGAR -  14 November 2017 (Selasa), JKJR Negeri Perlis telah menyampaikan ceramah keselamatan jalan raya bertempat di SMK Syeed Hassan, Perlis.
Ceramah telah disampaikan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas dan pelajar tingkatan satu dengan anggaran kedatangan pelajar seramai 150 orang .
Diantara pengisian program adalah seperti berikut:-

  • Khidmat Nasihat KJR
  • Ceramah KJR
  • Kuiz Silang Kata KJR
  • Cara Pemakaian Topi keledar yang betul dan di luluskan oleh SIRIM
kuiz smk syed hassantopi smk syeed hassan
ceramah smk syed hassan
Selain itu juga JKJR Negeri Perlis membuat pemantauan tentang Kelab Keselamatan Jalan Raya sekolah. SMK Syed Hassan telah di pilih sebagai pemenang tempat ke tiga dalam pertandingan Kelab KJR Paling Aktif Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2016 dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200.00 beserta dengan Sijil Penghargaan. Dalam waktu yang sama pemantauan PKJR sekolah juga telah dijalankan.

pkjr kkjr syed hassan

Topik Terhangat

Hubungi Kami

QRCode

JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 WP, PUTRAJAYA
T +60 3 8323 8000
F +60 3 8888 8806
Emel pro[at]jkjr[dot]gov[dot]my