Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah berjaya melaksanakan Majlis Pelancaran Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Peringkat Negeri Perak pada 26 September 2019 di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak). Perasmian majlis disempurnakan oleh YB. Tuan Abdul Yunus bin Jamahri, Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak(MKJR). Turut di hadiri Timbalan Ketua Pengarah JKJR Malaysia serta Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan seramai hampir 400 jemputan termasuk Ketua Jabatan, Ketua Sektor Jabatan pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah, Guru Besar Daerah Kinta Utara, Agensi di bawah MKJR dan pelajar sekolah. Di majlis pelancaran turut dimuatkan aktiviti pameran dari pihak JKJR Ibupejabat, PDRM dan AADK serta persembahan pelajar dari SK Tarcician Ipoh dan SJKC Ave Maria. Terima kasih daripada JKJR Perak kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.
                                                                                                         
                                                                                                      Gambar sekitar majlis pelancaran Modul PJKR Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak 


A1  B1  C1  D1  E1
FaLang translation system by Faboba