logo text en

Other Languages

aren

Log in

Kursus Peronda Lintasan Sekolah Siri 1/2016 anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya Pulau Pinang telah diadakan pada 2 Jun 2016 bertempat di Auditorium Mutiara, Wisma Perkeso, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Seramai 40 orang peserta terdiri daripada kakitangan sekolah (rendah/menengah), Pengawal Keselamatan, Ahli PIBG telah menyertai kursus ini. Kursus ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, PERKESO Pulau Pinang dan Majlis Keselamatan Jalan Raya Pulau Pinang. Pegawai dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Perlis turut hadir untuk menjadikan kursus ini sebagai tanda aras pelaksanaan. Pihak media juga telah dijemput untuk membuat liputan bagi meluaskan penyampaian maklumat berhubung dengan peranan Peronda Lintasan Sekolah yang begitu penting dalam menjaga keselamatan pelajar di persekitaran sekolah.

DSC 0006DSC 0018DSC 0062 DSC 0159DSC 0173DSC 0208DSC 0223DSC 0224DSC 0255DSC 0269DSC 0270DSC 0277DSC 0291DSC 0343DSC 0366DSC 0408DSC 0405DSC 0406

Hot Topic